Wednesday, November 7, 2012

Planning family day 2012

Kali ni nak buat kat Umangumang Chalet Pedas/Linggi Melaka.
Pening nak buat arrangment sbb tak ambik homestay. Nak cancel booking tak bole lak nak tak nak kene pegi gak. Palning 29 -31 Dec 2012 ---> http://umangumangchalet.blogspot.com/

Family day 2011

hari ni baru nak update status setelah selama 3 tahun menyepi. sure laa macam2 dah jadi kan ada yg kempis jadi kembung yg kembung jadi kempis. Almaklumlaa sibuk dgn kerja tup2 3 tahun baru nak update kelako pun ada nampak sgt tak rajin nak update blog.

so kali ni nak update pasal Family Day HJ Kamal pada 27 Dec 2011, time ni anak aku 3 org suma kene chicken pox ngan aku sekali kene sib baik bapaknya tak kene. Tapi camner gak nak join laa family day ni best dapat kumpul ramai-ramai, ni kat Homestay Port Dickson.














Saturday, November 27, 2010

My Birthday huhuhuuuuu


28 Nov 2010 hari ulang tahun yang ke... tutttttt... rahsia ka? :D hari ini aku merafak sejuta kesyukuran pada yang Esa. Akhirnya tercapai segala hajat yang selama ini aku impikan walaupun ia bukannya secara total. Namun aku bersyukur dengan pemberian anugerah yang tak ternilai ini.


Keluarga adalah kebahagian ku.... anakku yang ke 3...

Sunday, July 5, 2009

Hari yang bersejarah


lepas setahun keje aku sambung belajar kat UTM jln semarak. sambung buat degree IT. aku ngan best friend aku Siti hajar. setelah berhempas pulas memeras otak sbb buat part time kan akhir nya aku berjaya graduate alhamdullillah.... so aku kongsi kejayaan ni dengan my lovely family aku. aku sambung bljr dr aku bujang smp aku dpt anak 2 so bygkan laa berapa lama kan hehehe..... janji aku dapat habis kan.sbb aku buat loan MARA kene laa byr balik tapi kalu dpt habiskan degre ni dapat laa pengurangan alhamdullillah....


masa hari konvo tu aku g ngan akak aku sbb dai yg available leh laa tlg jenguk2 kan anak aku masa aku masuk dewan nnt.budak2 tu biasa laa suka sakan. Anak aku yg sulung siap beli mainan ultraman yg besar tu suka sesangat.... janji daiorg happy.

masa aku diploma dulu aku tak sempat nak konvo kat UTM Skudai ni sbb dulu aku francais kat N9. Pastu daiorg panggil konvo esok nak konvo baru hari ni nak bgtau. mana boleh pergi kelam kabut macm tu.

masa hari konvo tu rasa bangga pun ada sbb iyer laa rasa berbaloi dgn usaha berhempas pulas belajar sambil keja, kat dlm dewan tu sekali ngan budak full time. dok borak2 laa dai tgh sambg master, jeles lak aku muda2 lagi dah smbg master. dalam hati teringin lak nak sambung hari tu gak hehehe keje giler. tapi memandangkan masalah kewangan dan sebagainya terpaksa laa aku tunda dulu. nak tunggu sponsor laa plak .
seronok mmg seronok sbb masa sentiasa full dgn aktiviti. cuma yg tak seronok masa sosial terpaksa dketepikan dulu. kalu kat opis ada buat hari keluarga ke ada kenduri kendara ke mmg tak dpat joint.sbb kene konsentrate kat study. masa study aku tak de laa ambik break sem wlupun masa tuh tgh sarat pregnant. Alhamdullillah sepanjang aku pregnant dari anak sulung smp no 2 tu due date aku kene time cuti semester. so dlm pantang aku ambik laa subjek yg kurang attend kelas cth PSM 1.Walau pun byk subjek aku dpt transfer aku tak dpat grad saing siti. sbb ada satu sem tu aku tak larat nak bwk smp 4 subjek. so terpaksa laa siti grad dulu.walau apa pun aku bershukor sbb semua impan aku dah tercapai. dan sekarang cabaran nak dapat keje yg bersesuaiaan ngan kelulusan aku plak.
Aku konvo bulan 8 2008 dlm bulan 6 tu aku ade interview SA kat sini. tapi maybe belom rezeki aku. aku tak dpat job tu... aku rasa maybe sbb aku blom btul2 bersedia dan keadaan ketika itu pun mcm kelam kabut jerk. Walaupn rasa kecewa aku tak akan berputus asa dan aku percaya allah itu maha adil dan maha mengetahui.

Friday, July 3, 2009

Anak ke2 aku

ini anak aku yg ke 2. Gambar masa dia tido tuu lepas 2 jam di lahirkan kat hospital Serdang. Pengalaman bersalin kat hospital tu aku rasa tak menyeronokkan dan tak juga nak kata teruk. tapi yang penting suma selamat. cuma aku tak puas hati laa ngan layanan nurse2 kat situ. tapi ada gak yang baik hati. tapi kira purata dari 10 mata aku bagi laa 3.


Masa bersalin yg ni mudah alhamdullillah.... aku biasa laa terpaksa kene induce sbb masalah darah tinggi yang peliknya time mengandung jekr. lepas2 tu ok tapi aku takut gak laa sbb history dlm family aku mmg ada problem ni. cuma skrg ni aku kene jaga makan apa orang kata diet hehehe....

Aku abis pantang kat Muar, seronok laa balik kg sib baik cik abe aku dapat cuti sebulan tu yang seronoknya.Sebelum 2 minggu nak masuk keje aku abis masa kat rumah sendiri. Tapi kali ni aku dah beli rumah. Rumah teres upgrade skit yang dulu.tapi kiranya taman nyer sebelah jekr dari Flat ST tu. Kalau balik keje lalu laa juga rumah flat tu. Anak aku yang sulung sibuk terjerit2 panggil nama pengasuh yang jaga dia. Iyer laa makcik tu walaupun dia duk situ, anak dia ada gerai burger. Sedap laa gak burger tuu slurrpppp..... terliur lak aku hehehehe.



Punya excited dapat baby girl genap dai sebulan jer aku dah pakai kan dia baju baby yg jenis gaun tu. Mahal gak baju dia ni tapi tak pe laa janji puas hati heheheh.Masa dia setahun aku tak buatkan birthday party dia sian adikk... aku celebrate kat luar jekr bagi dia makan kek pastu bagi main kat taman permainan kat Alamanda. Bukan main seronok lagi dia dengan abg dia berlari-lari.

Harijadi Shafiq 1 Tahun



Ini anak aku yang sulung. 18/06/2006 raya keberapa tah aku tak ingat. Untung dia dapat kek besar. Masa tu aku pun baru pindah duduk kat Flat Seri Tanjung.Seronok gak dok kat flat tu setiap petang jekr ada makcik2 ke suri2 rumah dok bersantai termasuk laa aku hehehe.... penat2 balik keje kan borak laa mcm2 ngan makcik2 ni dari hal dapur smp laa isu2 semasa cewah macam persidangan apa plak. Masa birthday party Shafiq ramai laa kawan2 opis datang.Meriah laa gak.

Beg baru

Hari ni pegi kompleks diamond tersangkut lak beg ni. Ada yang warna coklat tapi dah berkenan yang ini apa lagi rembat laa. Tau cik abe mau gak geling kepala hehehe.Lain yang nak beli lain lak yang dapat.